Penjelasan tentang masjid Al-Aqsa

Arti dan makna masjid Al-Aqsa
Masjid al-Aqsa ialah masjid ketiga terpenting dalam Islam. Nama masjid ini dirakam dalam al-Quran ketika Allah SWT menceritakan peristiwa Israk Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke al-Quds. 


Al-Aqsa juga pernah dijadikan kiblat pertama umat Baginda sebelum ditukar ke Kaabah. Masjid ini juga menjadi tumpuan nabi terdahulu sebagai destinasi hijrah dan dakwah mereka.

Dalam peta moden, al-Aqsa terletak dalam kawasan al-Quds seperti dikenali orang Arab dan Muslim atau Baitulmaqdis Timur dan Tebing Barat. Masjid ini terletak dalam satu kota lama berpagar dikelilingi beberapa pintu masuk yang malangnya dikawal tentera Zionis.

Antara salah faham umat Islam adalah mengkhususkan bangunan tertentu sebagai Masjid al-Aqsa yang sebenar. Ada mendakwa Masjid Qubbah al-Sakhrah (Dome of the Rock) sebagai bukan al-Aqsa, sebaliknya menganggap binaan masjid berkubah kelabu sahaja sebagai al-Aqsa sebenar.


Hakikatnya, Masjid al-Aqsa meliputi semua kawasan terletak dalam pagar kompleks al-Aqsa, termasuk Masjid al-Qibli, Masjid al-Buraq, Masjid al-Qubbah, Masjid al-Qadim dan Masjid Marwan.

Sejak 1967, Israel juga memulakan penggalian terowong di bawah al-Aqsa tanpa kebenaran. Tujuan mereka adalah untuk mencari artifak, sekali gus mengaitkan dakwaan tapak itu sebagai tapak rumah ibadat mereka.

Namun, sampai hari ini, ahli arkeologi mereka tidak menjumpai sebarang bukti, melainkan artifak yang kembali ke zaman Rom Timur, Umayyah dan tentera Salib.

Antara kesan penggalian itu ialah struktur al-Aqsa semakin lemah. Pada 2004, selepas gempa bumi, pagar Mughrabi diisytiharkan berhadapan risiko roboh kerana struktur semakin lemah. Ini rentetan penggalian dan juga pembinaan lorong oleh Israel di kawasan berkenaan.

Banyak Ulama menjangkakan Binaan Masjid Al Aqsa akan runtuh tidak lama lagi, dan dengan itu peluang mereka untuk membina Kuil Sulaiman sangat cerah. Khabarnya, orang Yahudi Zionis sudah tidak sabar lagi mahu menyaksikan keruntuhan ini, namun segalanya belum di izinkan lagi oleh Allah SWT.


Post a Comment

0 Comments